Thursday, August 13, 2009

Blues Untuk Rodong

.
.
klik pada gambar untuk tumbesaran

.
Gua ada juga belajar-belajar tulis buku ikut sedap tangan. Tulis cerita-cerita merapu. Penulis-penulis lain dalam buku ini semua otai-otai atau pakcik-pakcik. Gua sorang sahaja yang muda remaja. Mereka ialah Rahimin, Donbalon, dan AliffMikail.
.
Buku ini akan dilancarkan pada bulan Ramadhan nanti. RM 20 sahaja.
.
Untuk tempahan, sila klik sini. Klik kuat-kuat sikit.

Monday, August 3, 2009

Yang Berhormat

.
.
.




Zaman gua remaja dulu, arwah ayah gua ada sebuah motosikal Yamaha YB. Dia punya rock tak usah cerita. Dia punya cutting memang stended moto awie. Motor ini sangat berjasa kepada gua dan adik-beradik. Dengan motor inilah ayah gua menghantar kami semua ke sekolah kecik-kecik dulu.

Ada juga kawan-kawan mengejek motor ayah gua 'virago celup'. Gua peduli apa. Abang Don gua pun macam rileks je bawak motor ini ke hulu ke hilir. Daripada pergi kerja Perbadanan, pergi main gitar di rumah Sabran, membawa ke main bola petang-petang. Semuanya dengan jasa motor ini.

Gua pernah juga menguji kelajuan motorsikal ini dalam kejohanan lumba haram kategori Yamaha YB 100cc open yang diadakan di matau. Gua masih ingat lagi, pencabar-pencabar utama gua ialah YB Lat anak Dollah Singer dan YB Pak Ghani yang ditunggangi Pok E anaknya. Tapi YB Pak Ghani lain sikit. Dia punya handle kami gelarkan handle 'sejuk' berbeza dengan YB gua yang berhandle separa Chopper.

Walaupun gua tak pernah menang dengan YB Pak Ghani, gua agak berpuas hati kerana semua budak-budak yang guna Honda EX5 100cc tunduk kepada gua. Memang ternyata teknologi YB memang canggih. Gua tak berapa pasti apa makna perkataan YB itu. Tak mungkin ianya membawa maksud Yang Berhormat.

Kejadian-kejadian malang yang menimpa motosikal ini pun tak kurang banyaknya. Masih kuat terpahat di ingatan gua di mana gua dan Abang Don gua jatuh tergolek di dalam ladang belakang rumah mansor kerana jalan licin dan tayar botak.

Sekarang motosikal yang gua ceritakan ini dah pun jadi tukun di belakang rumah. Tinggal body dan enjin sahaja. Tayar dah tak tahu hilang ke mana. Kalau lu orang ada kawan yang kerja muzium boleh kabor ke gua. Boleh saja gua tambah-tambah cerita kononnya residen british dulu pernah menggunakan motorsikal ini .

Friday, July 17, 2009

Kambing Lawan Rusa

Gua rasa UTM dah tak cukup tanah. Sebab tu rasanya kami dipaksa mengambil peperiksaan di Bangunan Felda bersebelahan UTM. Boleh main pinjam-pinjam macam tu saja. Gua ingat ketua Felda dengan Ketua UTM selalu lepak minum tea sama-sama. Tak pun dulu-dulu diorang berdua sekolah asrama sama-sama.

Gua memang teruja juga dapat masuk ke kawasan pentadbiran Felda ini. Dah beribu-ribu kali gua lalu depan pagarnya sahaja semasa nak ke kelas, tapi hari ini gua dapat menjejakkan kaki buat pertama kalinya. Sebaik sahaja gua parking motor di celah-celah kereta, Makcik Guard terus tiup-tiup wisel sambil tunjuk-tunjuk kearah gua. Macam main bola pula. Gua dah lambat. Bangunan mana satu pun gua belum tahu. Gua bukan biasa sangat dengan bangunan-bangunan ni. Gua terus ubah motor ke tempat yang dapat menyejukkan hati Makcik Guard.
Gua terus capai telefon gua, ada satu sms.

"Blok F, Tingkat 4. Kau tanya je kat guard."

Gua terpaksa mengadap Makcik guard tadi. Setelah gua ayat-ayat sikit, Makcik tersebut terus bagi direction kepada gua. Gua lari laju-laju panjat tangga. Gua memang yakin bahawa bangunan Felda ini sudah berusia puluhan tahun. Sebab dia punya penghadang di koridor memang tak boleh buat main. Gua jalan di koridor itu pun rapat-rapat ke dinding saja.


****
Habis menjawab, gua angkat kepala, tinggal separuh sahaja yang tinggal. Gua pasti yang separuh lagi dah berada di kedai mamak . Gua melangkah keluar. Ah, apa lagi incik pengawas ini mahu.

"Maaf incik, saya memang tak ingat nama lecturer saya. Sebab tu saya tak tulis."

"Ok, tak mengapa."

Sampai di motor, gua terpandang satu kedai ‘Freshmeat’ betul-betul di tingkat bawah sekali bangunan blok F itu. Gua cuba pergi ushar line.

Memang menarik. Dia punya harga memang baik punya. Daripada daging lembu, kambing , rusa , membawa ke unta, semuanya ada. Gua sambar daging kambing sekilo. Senyum sahaja makwe kaunter itu kepada gua sambil dia mengira duit baki.

Di atas motor, gua senyum sepanjang jalan. Pelbagai taktik sudah bermain di kepala gua. Har.. har.. har..

Gua basuh daging kambing lebih kurang, gua panggang di atas dapur gas. Menitik-nitik minyak keluar sampai ke lantai. Sedap juga baunya. Tak lama kemudian, pulanglah dua orang remaja .

"Fuhh.. bau apa ni John?"

"Aku panggang daging rusa," gua menjawab.

"Gilababi.. aku memang dah lama teringin nak makan rusa ni."

Setelah dihidangkan bersama air teh ,kami mula makan bertiga orang. Gua buat muka macam tiada apa-apa berlaku.

"Sedap betul rasa daging rusa ye. Mana kau beli?" Mat Cecep bersuara.

Gua buat-buat nak terkencing, gua lari gelak puas-puas dalam jamban.


Saturday, July 11, 2009

Ribando


.............................Ribando


Sebaik sahaja Ribando menyarung jersi Real Madrid, gua terus beli Ribando untuk main dengan Chelsea dalam team Fifa Online gua. Persatuan Suka Chelsea pun dah tak boleh nak saman gua sebab Ribando bukan lagi dalam pasukan musuh ketat kami iaitu Syaitan Merah. Sekarang gua dah dapat tengok Ribando peluk-peluk dengan Lampard lepas jaringkan gol.

Gua dengar Kelab Syaitan Merah nak datang main dekat Malaysia lawan dengan geng rambut pacak-pacak. Gua memang tak boleh pergi sebab takut kena saman dengan Penguatkuasa Persatuan Suka chelsea. Lagipun gua dengar harga tiket dia sama dengan makan nasik kandar Simpang Balak 10 kali.

Gua boleh beli dengan harga student? Haha.. Talipon sahaja gua. Kalau talipon masa cerita lawan tengah sedap, memang gua tak angkat.

Wednesday, July 8, 2009

Takayiba Dan Kompiter

Suatu petang di zaman ini, gua lepak-lepak sahaja di rumah sambil menengok cerita lawan. Tiba-tiba ada bunyi motor orang datang. Gua cepat-cepat bangun dan jenguk ke luar. Oh, Takayiba rupanya yang datang. Takayiba ini bukan nama sebenar. Gua terpaksa gunakan nama samaran ini sebab gua tau Takayiba kadang-kadang dia pun ada baca blog gua ini. Takayiba punya badan memang macam cerita gusti. Untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi, biarlah gua guna nama samaran sahaja di sini.

Takayiba hendak mengajak gua makan roti canai Simpang Balak rupanya. Cantik jugak tu. Tapi cerita lawan tengah sedap ni. Jadi, gua suruh Takayiba tunggu sehingga cerita lawan habis dulu. Takayiba setuju sahaja. Gua kembali menumpukan perhatian kepada cerita lawan pesyen animasi jepun itu.

Takayiba agak bosan menunggu rasanya. Dia duduk di meja kompiter gua dan terus menghidupkan suis kompiter itu.

"Ada game sedap-sedap tak dalam kompiter ni?" Takayiba tanya kepada gua.

"Renegade Command And Conquere ," jawab gua kerana gua tahu Takayiba tak minat main game bola. Takayiba ini Ronaldo pun dia tak berapa kenal sangat. Ronaldo pula tak tahulah kenal ke tidak dengan Takayiba.

Beberapa ketika setelah Takayiba click icon 'Renegade' di kompiter gua, Takayiba menjadi gelabah. Setelah cerita lawan sampai di babak iklan, gua bangun dan cuba melihat apa masalah yang sedang dihadapi Takayiba.

Gua melihat di skrin kompiter gua, terpapar tulisan 'Press any key'.

"Aku tak jumpa la key 'any' kat keyboard ni", Takayiba bersuara dengan nada agak putus asa.

Gua ada juga rasa nak tarik rambut Takayiba sampai terangkat badan dia, lepas tu gua nak hempas saja ke dinding. Tapi badan Takayiba besar dari gua.

Monday, July 6, 2009

Marcelo Salas

Sedang gua sedap-sedap tengok tv cerita lawan, Marcelo tiba-tiba terpacak di depan tv menghalang penglihatan gua ke tv. Kaki gua memang jadi ringan semacam, tapi gua sabar.

“ Weh, jom ikut aku pergi Kajang sekejap,” Marcelo bersuara sambil pijak-pijak kaki gua.

“ Ada makan-makan ke?”

“Ah.. ikut je lah.”

Gua capai baju yang bersidai di tangga, terus lompat ke belakang motor Marcelo. Ah, helmet tertinggal kat dalam rumah pulak. Gua terpaksa buka balik grill, buka solex pintu. Tak pasal-pasal dapat kerja tambahan.

Di pertengahan jalan, Marcelo singgah di stesen minyak yang ada makwe. Marcelo memang pesyen isi minyak 2 ringgit je supaya dia boleh tengok muka makwe stesen minyak tu lebih kerap. Selesai mengisi minyak, kami belah. Kali ini gua pula yang yang melakukan pemanduan sementara Marcelo membonceng di belakang. Gua dah lenguh kaki duduk belakang sebab motor Marcelo punya tempat pijak belah kiri memang dah lama kena curi.

Tiba di Kajang, jalan raya tengah sesak teruk. Gua membuat beberapa cilokan . Hari ini punya cilokan memang agak cemerlang kerana hanya sekali saja handle moto tersangkut di sidemirror kereta.

Sedang sedap cilok, tiba-tiba Marcelo menjerit sekuat hati di belakang gua. Tenggelam segala bunyi motor dan kenderaan lain. Kuat benar suara Marcelo menjerit salama lebih kurang 30 saat itu.Pemandu-pemandu lain yang tengah layan traficjam semua pandang gua dan Marcelo.

Apejadah pulak ni. Gua cepat-cepat berhenti di tepi jalan.

“Weh, apehal kau?”

“Saja.. hilangkan bosan.Hehe..” jawab Marcelo sengih-sengih.

Gua paksa Marcelo belanja satay kajang dengan air laici.

Thursday, June 25, 2009

Bola

Faiz


1997- Gua darjah 6 dah. Dah jadi senior. Berjalan pergi kantin masa rehat dah pandai bersiul-siul lagu Metallica hasil dari kaset-kaset abang gua.

Gua taknak cerita sangat pasal Metallica ataupun Sepultura abang gua, tapi gua nak cerita kisah gua jadi wakil sekolah main bola. Dua bulan sebelum kejohanan bakal diadakan, Cikgu Pendi buat pengumuman di waktu perhimpunan bahawa pemilihan untuk mewakili sekolah akan diadakan pada petang tersebut. Gua yang tengah menyumpah-nyumpah sebab lenguh berdiri masa perhimpunan itu terus berdiri tegak bak Sarjan Senin sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut. Di kepala dah terbayang-bayang skill silang kaki dan juga bola one-two. Muka Dollah Salleh pun ada juga keluar. Gua sempat toleh ke Faiz, dia senyum sahaja. Terpandang sahaja mukanya, gua dah dapat agak bahawa dialah striker yang akan bergandingan dengan gua di kejohanan bolasepak peringkat Zon Gelanggi nanti.

Perhimpunan tamat. Selepas tamat acara cek kuku panjang oleh pengawas,gua melangkah ke kelas. Budak-budak dah mula berkumpul di meja belakang. Dua tiga orang tak berapa yakin akan terpilih petang nanti. Masing-masing sibuk memberikan semangat sesama sendiri. Gua steady sahaja. Malas nak ambil port, gua terus ke meja gua sambil keluarkan kerja sekolah matematik tajuk pecahan tak wajar yang tak sempat disiapkan malam tadi sebab ralit sangat tengok cerita gusti. Sempat lagi buat ni, sebelum cikgu masuk. Kalau kena ketuk ketampi 100 kali pagi ini mahu lari skill gua bila beraksi petang nanti. Minggu lepas punya lenguh ketuk ketampi pun masih belum hilang sepenuhnya lagi ni.

Gua punya cita-cita masa tu sama sahaja macam Faiz, nak kerja main bola Pahang. Faiz ada cerita dengan gua, bila dah kaya nanti dia nak buka satu stadium di kampung kami. Budak-budak tak perlu lagi menumpang main bola di padang sekolah. Sekali rembat , kalau tak masuk gol pasti bola berada depan kongsi Wak Mariman. Silal-silap haribulan bola boleh melantun kena kepala orang tua yang menunggu anak-anak balik sekolah sesi petang.

Selesai sesi pemilihan, seperti yang dijangkakan gua telah menjadi striker bersama Faiz. Bila dah terpilih, pergi sekolah pun mesti taruk kasut bola dalam beg. Seluar pendek pakai siap-siap di dalam. Sampai sahaja di sekolah tak perlu lagi masuk kelas. Kerja sekolah pecahan tak wajar pun tak perlu nak difikirkan lagi. Sedap betul main bola pagi-pagi. Bermain di bawah embun umpama bermain dalam salji sahaja. Begitulah rutin seharian kami berlatih selama 2 bulan.

Tapi bila tiba hari perlawanan di Kota Gelanggi 3, cita-cita kami musnah. Gua ingat salah Faiz. Nasib baik kami kalah masa tu. Kalau tidak mungkin sekarang gua dah kahwin dengan Rita Rudiani.

Gua dengar Faiz sekarang lari sampai ke Kedah kerja buat jalan keretapi.

Saturday, June 20, 2009

Bangun Pagi

Gua celik-celik mata, dah pukul 7 pagi. Cepat-cepat gua bangun sebab subuh dah tinggal hujung-hujung. Tiba-tiba gua terdengar suara orang bising-bising di ruang tamu tingkat bawah. Pelik juga, selalunya kalau hari sabtu macam ni pukul 12 tengahari dah kira awal sangat diorang tu bangun. Kalau zaman dulu masa Dragonball tengah sedap, pukul 9.30. Itupun lepas habis, sambung tido balik.

Gua rasa macam ada yang tak kena. Gua tengok tarikh di handphone, memang betul hari sabtu. Dulu gua pernah juga tersilap hari. Terutama bila hari isnin cuti, bila tiba hari selasa mesti terbawak buku hari isnin punya.

Gua turun melangkah ke tangga untuk turun ke bawah. Gua ingat nanti nak pasang satu palang besi yang stail cerita Ninja Turtle tu kat rumah gua. Kalau nak turun bawah boleh main gelungsur saja.

"Fuh, kalau hari kerja pukul 8.30 baru nak bangun.Main game punya pasal subuh-subuh dah bangun", gua bagi ayat peseyen mak-mak kepada mereka yang tengah melayan Fifa Online di kompiter masing-masing sambil gua on kan gua punya PC.

"Kitorang pergi sembahyang subuh kat surau tadi", tipu salah seorang dari mereka.

Wednesday, June 17, 2009

Hobi Baru Saya

.

Gua sekarang dah jadi tak berapa nak main sangat game lawan-lawan dan tembak-tembak. Playstation2 pun gua dah bungkus dalam plastik baik-baik dan gua simpan bawah TV.

Sebelum-sebelum ini dah macam-macam game gua main, tapi belum pernah sampai lupa nak makan nasi macam main game FIFA Online ini.

Kalau siapa-siapa yang reti main game macam dalam gambar di atas ini, jangan segan-segan nak ajak gua lawan.

Kawan Gua Dan Gua Dan Bahasa Orang Putih.

Dulu, tak lama sangat dia punya dulu tu, gua ada ambik satu peperiksaan undang-undang pesyen bahasa orang putih. Soalan bukan main susah. Gua jawab ikut sedap-sedap saja. Yang penting ayat mesti ada lebih kurang ayat dalam cerita berita, baru nampak macam intelek. Hak tuih !

Subsidiary Court - gua tak tahu sangat apa benda makna perkataan itu. Nasib baik awal-awal lagi gua dah portkan satu kamus dwibahasa dalam tandas.

Dalam perjalanan balik ke rumah, gua tanya kepada kawan gua tentang perkataan orang putih itu.

" Aku rasa dia tanya pasal subsidi baja dan beras ", kawan gua yang membonceng di belakang gua itu menjawab ringkas.

Gua segera terbayang kawan gua itu mengangkat tangan meminta kertas tambahan ketika peperiksaan berlangsung tadi.

Gua langgar bonggol jalan laju-laju.

Thursday, June 11, 2009

Gua Sorry, Brader !

Tengah gua sedap-sedap tengok cerita bola Argentina lawan, tiba-tiba telefon gua berdering. Ada satu mamat suara lembut-lembut telefon gua. Suara sopan bukan main macam bercakap dengan Tok Kadi sebelum angkat nikah. Gua tak pernah kahwin lagi. Tapi itu hari gua pergi tengok kawan gua angkat nikah, dia bercakap lembut bukan main dengan Tok Kadi. Kalau bercakap dengan kawan-kawan main hoi hoi saja.

Gua jawab panggilan tersebut. Steady. Gua jawab lembut-lembut juga.

Setelah hampir lima minit di talian, maka gua fahamlah bahawa mamat tersebut berhajat menjual insurans kepada gua. Mana dia rembat nombor telefon gua pun tak tahu. Siap tahu nama gua lagi dan pandai-pandai pula guna gelaran 'Encik' kepada gua. Cakap relaks-relaks sudah la.

Sambil mata gua tertumpu pada tv cerita bola Argentina lawan, mulut gua bertanya pelbagai soalan sebagai tanda berminat. Mamat itu agak gembira di atas sikap gua yang menunjukkan minat itu. Gua ingat dalam kepala dia mesti dah terbayang-bayang gambar duit berbakul-bakul macam cerita More Jutaria dulu.

Mamat itu mendesak untuk berjumpa dengan gua.

" Saya busy sangatlah sekarang. Banyak meeting dengan datuk", gua menipu sambil gua pekup itu telefon bimbit dan gua gelak jauh-jauh sikit.

"Ok. Tapi bilakah Encik Firdaus akan tak busy?", tanya mamat itu sebagai tanda tidak putus asa.

"Lepas habis musim angin monsun", jawab gua sambil terkekeh-kekeh gua gelak.

tutt.. tutt..

Mamat yang cakap lembut dan sopan hempas telefon.